
Khamis ,21/10/2010 – Presiden PA Fattah, Mahmoud Abbas mengumumkan kesediaannya untuk “bertolak ansur” dalam isu warisan bersejarah Palestin (tanah Palestin). Beliau menyatakan lagi bahawa segala konflik dengan Zionis akan ditamatkan, terutamanya penyelesaian isu pembahagian tanah antara kedua-dua pihak Palestin dan Zionis.
Abbas berkata, sebagai respon terhadap perutusan Menteri Luar Zionis, Avigdor Leiberman kepada PBB, yang menyatakan bahawa penolakan terhadap pengiktirafan negara Yahudi adalah dibuat oleh warga Palestin dalam negara itu sendiri, : “tuduhan Leiberman terhadap isu ini adalah tidak berasas kerana saya bersedia untuk mengumumkan pengakhiran bagi tuntutan tempat bersejarah dan menamatkan segala konflik untuk mencapai keamanan bersama”.
Tambah Abbas, presiden gerakan Fattah ini, dalam temubual TV 1 kepunyaan media Zionis malam kelmarin berkenaan keYahudian negara, “kami mengiktiraf Negara Israel, walaupun jika kamu mahu dikenali sebagai Negara Yahudi, kerana kamu bebas berbuat begitu dan kamu tidak perlu meminta kebenaran dari Mesir atau Jordan atau mana-mana negara lain sekalipun.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen