Categories
Berita Semasa

Ratusan Penduduk Memenuhi Nablus, Baitul Laham untuk Melaksanakan Ritual Talmud

Khamis ,21/10/2010 – Ratusan penduduk fanatik Zionis memenuhi bandar Nablus dan Baitul Laham pada pagi Selasa untuk melakukan ritual Talmud sambil dikawal ketat oleh Pasukan Penjajah Israel (IOF).

Saksi di Nablus melaporkan bahawa lebih daripada 600 penduduk memenuhi beberapa bas dan memenuhi bandar itu daripada kawasan timur dan melakukan ritual mereka di Makan Nabi Yusuf.

Mereka juga menyatakan bahawa remaja Palestin merejam batu ke arah penduduk-penduduk itu dan kepada pengawal keselamatan Israel namun tiada kemalangan jiwa dan penahanan yang dilakukan kepada remaja Palestin walaupun tembakan bertubi-tubi daripada IOF menggunakan peluru hidup dan gas pemedih mata.

Pihak Berkuasa Penjajah Israel (IOA) bercadang untuk memasukkan makam Nabi Yusuf dalam senarai sejarah Yahudi walaupun berada dalam Bandar Nablus yang ditadbir di bawah Pentadbiran Palestin, berdasarkan Perjanjian Oslo.

Ratusan penduduk lain, pada masa yang sama membanjiri Masjid Bilal Bin Rabah, utara Baitul Laham dan melaksanakan ritual istimewa sebelum meninggalkan masjid itu sambil diiringi tentera IOF.

IOA telah mengumumkan bahawa Masjid Bilal Bin Rabah telah disenaraikan dalam senarai Sejarah Yahudi dalam satu tindakan yang disifatkan oleh warga Palestin sebagai satu rompakan sejarah dan geografi, sambil dengan niat yang jelas untuk meluaskan penjajahan ke atas semua tanah yang bersejarah di Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz