Categories
Berita Semasa

Raheq: Tarikh dan tempat untuk mesyuarat ke arah persefahaman belum ditetapkan

Khamis, 28/10/2010 – Anggota Biro Politik Hamas, Ezzet al-Resheq menafikan khabar angin bahawa tarikh dan tempat telah ditetapkan untuk mesyuarat ke arah persefahaman antara pergerakan Hamas dan Fatah.

Katanya lagi kepada Pusat Informasi Palestin (PIC), usaha sedang dilakukan untuk mendapatkan persetujuan Fatah berkaitan tarikh dan tempat (akan berlansungnya mesyuarat itu) dan berharap ianya akan dapat dilakukan secepat mungkin.

“Walaupun kami di pihak Hamas kecewa dengan permintaan Fatah untuk tidak mengadakan mesyuarat di Damascus, tetapi demi mencapai persefahaman, kami sentiasa bersedia untuk mengadakan mesyuarat tersebut di tempat lain dan di mana-mana ibu negara kerajaan Arab,” jelasnya.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa