
Rabu, 03/11/2010 – Sumber lain Pusat Informasi Palestin mengumumkan tarikh untuk pertemuan kedua antara Hamas dan Fattah telah ditetapkan pada hari Selasa minggu depan (9 November) bertempat di Damsyiq, ibu kota Syria untuk membincangkan isu-isu penting berkaitan rekonsiliasi Palestin.
Dr. Ismael Radwan, salah seorang pimpinan Hamas menyatakan bahawa beliau akan mewakili Hamas dalam pertemuan dengan Fattah di Damsyiq minggu depan, beliau juga menambah, “Menteri Hamas, Dr. Ismael Al-Ashqar akan mengetuai delegasi Hamas dari Gaza.”
Radwan berkata dalam laporan khas untuk Pusat Informasi Palestin petang Isnin (1 November), bahawa pertemuan kali ini akan memberi fokus kepada isu keamanan dan pembaikan semula struktur dan pembaharuan sistem keselamatan untuk peringkat negara, dan untuk mempertahankan dan membela hak-hak warga Palestin.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen