
Rabu, 03/11/2010 – Akhbar Pemantau Sains Kristian (CSM) melaporkan bahawa rejim Zionis telah menahan 100 orang kanak-kanak secara rawak pada bulan lepas di daerah Silwan, timur Jerusalem. Kebanyakan mereka berusia di bawah 13 tahun.
Sementara itu, polis rejim Zionis mendakwa pihaknya hanya menahan 40 orang awam di timur Jerusalem atas kesalahan membaling batu ke arah anggota polis dan terlibat dalam keganasan semasa dalam perjalanan pergi ataupun pulang sekolah. Demikian dilaporkan oleh akhbar terbabit.
Sebuah kumpulan hak asasi manusia menyangkal dakwaan polis rejim Zionis itu dengan memaklumkan bahawa mereka menerima banyak aduan yang mengatakan penahanan itu dijalankan oleh pasukan pengintip ketika tiada berlaku kekacauan mahupun pembalingan batu. Kata kumpulan hak asasi manusia itu lagi, kanak-kanak terbabit diculik ketika mereka berada di pintu rumah masing-masing ataupun jalanraya dan lorong-lorong berhampiran yang menjadi tempat permainan mereka. Ada juga kanak-kanak yang diculik daripada rumah mereka pada jam 3 atau 4 pagi.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa