
Rabu, 10/11/2010 – Khaled Abu Arafah, bekas Menteri Biro Al-Quds mendedahkan maklumat bahawa Zionis menuduh pembatalan perjalanan Parlimen Al-Quds mempunyai kaitan dengan syarat pertukaran pembebasan tahanan, seperti yang dipersetujui Zionis iaitu pembebasan seorang tentera Zionis yang berjaya ditawan faksi pertahanan Palestin, Gilad Shalit, sebagai syarat pembebasan ratusan tahanan Palestin.
Abu Arafah menjelaskan dalam sidang media bahawa tindakan Zionis menyingkirkan 3 wakil Al-Quds dan Menteri Biro Al-Quds sebagai, “perkara yang memalukan yang dilakukan Zionis di hadapan masyarakat dunia dan forum antarabangsa, tetapi pada masa yang sama tiada satu pun wakil Zionis yang ingin bertanggungjawab, dan ini kerana Zionis mahu keluar dari membincangkan isu ini.”
Abu Arafah dan para menteri Al-Quds yang masih bertahan sehingga hari ke-125 di Pejabat Palang Merah Al-Quds menyatakan bahawa, “para diplomat Arab, pegawai Palestin dan diplomat Eropah menyampaikan maklumat bahawa pihak Zionis mendakwa pembatalan sidang parlimen kami mempunyai kaitan dengan tuntutan pembebasan tawanan mereka, Gilad Shalit yang ditahan oleh pertahanan Palestin di Gaza.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen