
Isnin, 15/11/2010 – Pusat Ahrar untuk kajian tentang tahanan penjara dan hak asasi mengutuk sekeras-kerasnya penculikan yang dilakukan oleh tentera rejim Zionis (IOF) ke atas Setiausaha Agung Majlis Perlembagaan Palestin (PLC), Mahmoud al-Rahmi dari rumahnya di Bandar Ramallah pada waktu Subuh, Rabu lalu.
Pengarah pusat itu, Fouad Al-Khafsh berkata penculikan MP Ramhi adalah satu pencabulan terhadap undang-undang antarabangsa dan persidangan yang memberikan hak keistimewaan imuniti kepada semua anggota Parlimen daripada dipenjarakan dan merupakan pencabulan terhadap nilai-nilai demokratik.
Isteri Ramhi memaklumkan pusat Ahrar bahawa sepasukan besar IOF menyerbu masuk ke dalam rumah mereka di Bandar Al-Bireh pada Subuh hari Rabu lalu dan mengarahkan kedua-duanya keluar dari rumah. Kemudian, mereka mengepung suaminya dan membawanya ke satu destinasi yang tidak diketahui.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa