Khalid Mishaal : Eropah tidak boleh dipercayai lagi !

Rabu, 22/02/2006 –

“Saya percaya sekiranya mereka mengenakan lagi tekanan, rakyat akan menjadi lebih radikal”, kata Barghouti, yang mewakili ‘Independent Palestine’ semasa pilihanraya Palestin yang lepas.

Ahli PLC Hamas dari Gaza, Mushir Al-Masri, berkata, cubaan untuk menjatuhkan kerajaan Hamas adalah merupakan “tindakan menafikan proses demokrasi, seperti yang dilaung-laungkan oleh pihak Amerika setiap masa. Ianya merupakan pencabulan dan hukuman secara kolektif kepada rakyat kami kerana mereka mengamalkan proses demokrasi dengan telus dan jujur.”

Didalam ucapannya Mashaal menyatakan rakyat Palestin tidak lagi percaya kepada pihak Eropah, dan merujuk kepada kehilangan nyawa rakyatnya sebagai:”Apa yang telah kamu lakukan kepada kami? Adakah kamu mahu kami memberikan 50 tahun lagi? Kamu menghantar pihak Israel kepada kami. Kamu berlaku tidak adil kepada kaum Yahudi di dalam negara kamu dan kamu menolak mereka kepada kami. Kami tidak pernah melakukan kezaliman kepada mereka sepertimana mereka melakukannya kepada kami. Kami menghadapi semua ini, pencerobohan ini, kamu seperti tidak mahu kami berjuang.”

“Apakah hasilnya keputusan antarabangsa kepada kami? Adakah mana-mana negara Eropah yang menggesa Israel untuk mematuhi walaupun satu daripada keputusan antarabangsa, contohnya seperti pemagaran itu? Kami tidak lagi percaya kamu dan kami tidak akan menunggu kamu.”

Rakyat Palestin amat memerlukan bantuan

Agence France Presse melaporkan, pertubuhan bantuan kemanusiaan telah membuat rayuan bersama kepada kerajaan-kerajaan Barat pada hari Selasa supaya tidak menghentikan bantuan kepada rakyat Palestin.

Tiga puluh satu pertubuhan antarabangsa, termasuk Oxfam dan Medecins du Monde, berkata, populasi rakyat tempatan Palestin sangat memerlukan bantuan daripada negara-negara luar.

Menteri Luar Palestin, Nasser Al-Kidwa menggesa komuniti antarabangsa supaya tidak menghentikan bantuan kewangan kepada PA apabila Hamas berkuasa kelak.

“Bantuan kepada rakyat Palestin mesti diteruskan, walau apapun situasi politik dan parti yang memegang teraju kerajaan”, kata Kidwa selepas bermesyuarat dengan Menteri Luar Jerman, Frank-Walter Steinmeier.