Categories
Berita Semasa

Pendatang haram Yahudi halang petani membajak tanah

Rabu, 24/11/2010 – 10 orang pendatang haram Yahudi yang datang dari penempatan haram Shilo bertindak menghalang para petani Palestin membajak tanah masing-masing di Kampung Qaryut, selatan Nablus dengan alasan kawasan itu dekat dengan kawasan penempatan haram mereka.

Sumber tempatan di kampung itu memberitahu pada Isnin lalu bahawa 10 orang pendatang haram Yahudi yang yang datang dari Shilo dan lengkap bersenjata telah memaksa para petani yang menggunakan 3 mesin bajak untuk membajak tanah mereka, berhenti melakukannya dan segera beredar dari tanah milik mereka.

Tambah mereka lagi, mahkamah rejim Zionis telah memberi kebenaran kepada para petani tersebut untuk bekerja di kawasan tersebut dan mengusahakan tanah milik mereka yang berkeluasan lebih daripada 50 dunum (1 unum=0.247 ekar).

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa