
Rabu, 24/11/2010 – Pegawai Tinggi HAMAS dan Penggubal Undang-undang Mushir al-Masri menafikan bahawa pergerakannya berniat untuk menghalang ahli Majlis Revolusi Fatah untuk keluar Tebing Barat bagi menyertai mesyuarat mereka pada Rabu (hari ini).
Dia menyatakan bahawa Fatah sangat terdesak untuk menganggu polisi fleksibel yang dijalankan Hamas di Gaza untuk menutup operasi keselamatan mereka bersama penjajahan Israel dan mahu menutup kegagalan rundingan damai mereka.
Pada pihak Hamas, mereka menegaskan pada Isnin bahawa kehadiran militia keselamatan Fatah dalam menyerang dan memecahkan imuniti penggubal undang-undang Hamas di Tebing Barat menyebabkan usaha untuk menyatukan dua pergerakan itu musnah.
Hamas juga menganggap serbuan yang terbaru di rumah MP Fathi al-Qar’awi dan penahanan anaknya membuktikan ketidakmatangan Fatah dalam usaha menyatukan dialog dengan Hamas serta tindakan Fatah yang tunduk dengan polisi yang ditetapkan rejim penjajah Israel.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz