
Isnin , 27/11/2010 – Pusat Kajian Tahanan dan Hak Asasi Manusia, Ahrar, mengatakan bahawa keadaan kesihatan Profesor Mohamed Al-Salibi, 62 semakin buruk dan penjara Israel telah memindahkan beliau ke hospital.
Profesor Salibi sedang dalam penahanan pentadbiran setelah diculik oleh tentera Zionis pada tarikh 12 Disember 2009. Pengarah Pusat tersebut Fuad Al-Khafsh mengatakan bahawa Profesor dalam keadaan kesihatan yang sangat kritikal dan diberikan 10 suntikan tanpa persetujuannya setelah dia digari di Hospital Afula.
Anak perempuannya mengatakan bahawa bahawa wajah ayahnya pucat dan kurus setelah melawat ayahnya di hospital, dan ayahnya tidak mampu berdiri. Dia menyatakan kebimbangan atas nyawa ayahnya dan meminta kepada pertubuhan hak asasi manusia untuk campur tangan untuk membebaskan ayahnya dari penjara Israel.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen