Arafat anggap Israel menanam bom di Tel Aviv


Pemimpin Palestin Yasir Arafat mengecam pengeboman Ahad (11 July 2004) di Tel Aviv tetapi mencadangkan ia adalah tindakan provokasi yang
di bawa oleh Israel.

“Kami mengecam tindakan tersebut”, kata Arafat sebelum memberi gambaran ia didalangi Israel.

“Kamu tahu siapa dalang semua ini” “Eropah tahu, Amerika tahu dan Israel tahu”

Sebelum ini, Arafat mendakwa ahli perkhidmatan rahsia Israel sendiri yang menyerang Israel.

Kejadian berlaku di perhentian bas pada hari Ahad telah membunuh seorang wanita berumur 19 tahun serta mencederakan 20 orang yang lain.

Ketua polis Tel Aviv, Yossi Sedbon berkata terdapat bukti yang bahan letupan tersebut telah ditanam dan meletup pada pagi tersebut.

“Ini bukan pengebom berani mati tetapi adalah alat yang telah ditanam bersebelahan perhentian bas” Sedbon berkata.

Antara yang terkorban dalam kejadian Ahad lalu (11/07/2004)