
Selasa, 30/11/2010 – Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya menerima peserta daripada konvoi European Road to Hope yang tiba di Semenanjung Gaza pada khamis. Haneyya mengucapkan terima kasih bagi pihak kerajaan dan rakyat Palestin kepada semua ahli konvoi itu kerana berusaha dan bersusah payah untuk tiba di Gaza.
“Kami mengikuti perjalanan konvoi itu, dan ketibaan anda semua di Gaza telah disahkan, dengan mesej bahawa dunia tidak boleh berdiam diri dengan penjajahan yang tidak adil kepada rakyat Palestin,” Haneyya memberitahu aktivis itu sewaktu pertemuan dengan mereka di Ibu pejabat kabinet.
“Kami menganggap konvoi ini bukan sekadar misi kemanusian, tetapi juga sokongan politik kepada penduduk Palestin yang menderita akibat penjajahan selama 63 tahun dan juga permintaan mereka untuk mendirikan negara Palestin yang berdaulat dengan Jerusalem sebagai ibu negara.” tambahnya lagi.
Bagi pihak konvoi bantuan, Ken O’Keefe menyatakan bahawa matlamat konvoi hanyalah kemanusiaan dan menerangkan jerih payah yang dihadapi konvoi itu ketika perjalanan mereka.
Dia juga memberitahu bahawa terdapat dua jenis sekatan di Gaza, sebahagian sekatan di Mesir, dan sekatan menyeluruh Israel dan turut menyatakan terima kasih kepada Algeria dan Maghribi kerana membantu perjalanan mereka melalui sempadan mereka.
Koordinator konvoi, Saeb Sha’ath menyatakan bahawa matlamat konvoi merupakan matlamat politik untuk memecahkan sekatan dan menguatkan semangat penduduk Gaza. “Kami faham bahawa Gaza ialah kubu kuat Palestin kerana jika Gaza mendapat kejayaan, Palestin dan seluruh negaranya akan menerima kemenangan juga. Dan jika Gaza kalah, seluruh negara akan musnah.” tambah Sha’ath.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz