Categories
Berita Semasa

Kerajaan Palestin : Fattah penyebab pemimpinnya dilarang masuk Gaza

Selasa, 30/11/2010 – Tahir An-Nunu, jurucakap Kerajaan Palestin menegaskan bahawa pendirian Fattah yang berdegil untuk terus menahan seorang wanita, Tamam Abu Sa’ud menyebabkan pemimpin mereka dihalang masuk ke Jalur Gaza.

Nunu berkata dalam sidang akhbar pada hari Ahad (28 November) lalu bahawa, “untuk menjelaskan keadaan sebenar yang berlaku semasa lawatan menteri Fattah ke Gaza. Kerajaan di Gaza telah menerima permintaan beberapa hari yang lalu untuk menerima lawatan daripada delegasi Fattah. Fattah telah diberitahu dengan jelas bahawa Gaza membenarkan kemasukan delegasi ini tetapi dengan satu syarat iaitu pembebasan tahanan wanita, Tamam Abu Sa’ud, sebelum kedatangan mereka kerana jika penahanan ini berterusan, ini akan memalukan pihak Fattah sendiri.”

Namun beliau menyatakan bahawa, “kami tidak menerima apa-apa jawapan tentang permintaan ini sehinggalah kami menerima kedatangan dua pemimpin Fattah di sempadan Beit Hanun (Iraz) meskipun tahanan wanita, saudari Tamam Abu Sa’ud masih belum dibebaskan, dan lebih teruk lagi penahanan warga Palestin oleh pihak Fattah makin menjadi-jadi dalam skala yang besar, oleh itu mereka tidak dibenarkan untuk masuk (ke Gaza) dan isu ini adalah perbincangan tahap negara.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen