Categories
Berita Semasa

Tahanan Palestin di penjara IOA lancar mogok lapar

Khamis, 02/12/2010 – Tahanan-tahanan Palestin yang ditempatkan secara berasingan di penjara Jalama milik rejim Zionis (IOA) telah melancarkan mogok lapar pada Ahad lalu bagi memprotes perlanjutan tempoh penahanan secara berasingan selama 3 bulan dan tidak dihantar ke penjara pusat walaupun (pihak IOA) telah selesai menyoal siasat mereka.

Jawatankuasa tahanan penjara Palestin berkata bahawa peguam mereka telah pergi ke penjara tersebut pada Ahad lepas untuk bertemu dengan para tahanan tetapi niat mereka telah dihalang oleh pihak pentadbiran penjara selepas memaklumkan kepada peguam itu bahawa para tahanan sedang melakukan mogok lapar. Oleh itu mereka sedang dikenakan tindakan disiplin.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh jawatankuasa itu pada hari Isnin (29/11/10), dimaklumkan bahawa penjara Jalama adalah pusat tahanan dan soal siasat tetapi pihak perisikan rejim Zionis sengaja menahan para tahanan di penjara itu dengan lebih lama selepas menyoal-siasat mereka sebagai satu hukuman.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa