
Khamis, 02/12/2010 – 21 organisasi majmuk melaungkan seruan untuk memperjuangkan hak kemanusiaan, “tindakan terbaru masyarakat dunia ini akan memastikan kepungan berakhir dengan segera, tanpa syarat dan menyeluruh” di Gaza, dalam laporan yang dikeluarkan pada hari Selasa.
Kesemua organisasi tersebut mengumumkan dalam laporan media bertajuk “punah harapan – kepungan berterusan di Gaza”, bahawa tindakan Zionis untuk “mengurangkan” kepungan haram ke atas Gaza atas desakan masyarakat dunia tidak sedikitpun mengubah nasib penduduk Gaza.
Di antara organisasi yang terlibat adalah organisasi Amnesty International, Pertubuhan Antarabangsa untuk hak asasi manusia dan Pertubuhan Pelarian Norway yang menyatakan bahawa, “tekanan masyarakat antarabangsa terhadap Israel telah meringankan kepungan, tetapi masih tidak mampu menghancurkan sepenuhnya kekangan kehidupan harian yang dihadapi oleh 1.5 juta rakyat Palestin.”
sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen