
Isnin , 06/12/2010 – Radio Hebrew memberitahu bahawa Kementerian Informasi di bawah PA telah memadamkan dokumen yang sebelum ini dipaparkan di laman web rasminya yang mengesahkan bahawa masyarakat Yahudi tiada hak ke atas dinding Al-Buraq yang terletak di bahagian barat Masjid Al-Aqsa.
Kata radio itu lagi, kementerian PA telah memadamkan dokumen itu selepas ia menimbulkan kemarahan pegawai-pegawai rejim Zionis dan Amerika Syarikat.
Menurut radio itu lagi, kerajaan rejim Zionis telah mengeluarkan kenyataan bahawa dokumen ini menunjukkan yang pihak PA tidak benar-benar serius dengan pengumumannya untuk mencapai perjanjian damai dengan rejim Zionis serta menggesa dokumen itu dipadamkan segera.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa