
Isnin , 06/12/2010 – Pengerusi Biro Hubungan Antarabangsa Hamas, Usamah Hamdan, menegaskan sokongan padunya terhadap usaha untuk mencapai rekonsiliasi negara Palestin, dan beliau sekali lagi memberitahu bahawa Fattah, dan presidennya, Mahmoud Abbas perlu bersama-sama menghadapi tekanan luar yang membantutkan usaha ini.
Dalam kenyataan khas untuk Pusat Informasi Palestin, Hamdan membuat kenyataan : “Semua pihak tahu bahawa Hamas telah menggandakan usaha menurut kemampuannya untuk mengatasi segala rintangan yang menghalang rekonsiliasi Palestin, dan Hamas turut menyediakan beberapa insiatif untuk digunakan, dengan harapan kita akan mencapai rekonsiliasi ini dan berjaya meyatukan semua pihak dalam meletakkan asas projek pembebasan dan pengembalian hak (Palestin).”
Pemimpin Palestin itu menambah : “Hamas pasti bahawa rekonsiliasi ini akan dicapai dalam masa terdekat selagi masing-masing bersedia untuk menghadapi tekanan yang dikenakan oleh Amerika dan Zionis, dan juga sekiranya Mahmoud Abbas dan konco-konconya berdiri dengan pendirian yang tegas, walaupun sekali, terhadap segala tekanan yang melambatkan proses rekonsiliasi ini.”
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen