
Jumaat , 10/12/2010 – Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan mengumumkan pada hari Ahad (5 Disember) lalu, bahawa hubungan Turki tidak akan berbaik dengan Zionis selagi entiti itu belum, “membersihkan Laut Mediterranean daripada darah 9 Turki” yang syahid dalam serangan Zionis ke atas Freedom Flotilla dalam perjalanan ke Gaza.
Erdogan berkata : “Turki mahu Israel meminta maaf dan mengganti rugi atas apa yang telah berlaku pada 31 Mei lepas.”
Tambah Erdogan dalam ucapannya di tengah bandar Sivas : “kita akan menyelak lembaran baru, tetapi itu tidak bermakna mereka tidak perlu meminta maaf dan membayar ganti.”
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen