Categories
Berita Semasa

Muhammad Daud Masuki Tahun Ke 24 Di Penjara Israel

Isnin , 13/12/2010 – Jawatankuasa Pembela Tawanan melaporkan bahawa Muhammad Adil Hasan Daud, Abu Ghazi (46) yang berasal dari kota Qalqilia Tebing Barat memasuki tahun ke 24 di penjara Israel secara terus menerus, terperosok di sel penjara Gilboa.

Pengarah Jawatankuasa tersebut, Riyad Asyqar dalam pernyataannya Khamis (9/12) menjelaskan bahawa Daud di tawan sejak 8/12/1987 dengan hukuman penjara seumur hidup, semalam beliau menghabiskan tahun ke 23 di penjara Israel. Kedua orang tuanya telah meninggal dunia ketika beliau dalam penjara. Israel tidak mengizinkan pihak keluarganya untuk mengunjunginya kecuali seorang adik kandungnya.

Sementara itu seorang lagi tahanan, Abdul Halim Sakib Umar Balbisi (41) berasal dari Utara Gaza menghabiskan tahun ke 15 dan memasuki tahun ke 16 di penjara Israel, beliau ditawan sejak 6/12/1995.

sumber : COMES
penterjemah : osman

One reply on “Muhammad Daud Masuki Tahun Ke 24 Di Penjara Israel”

Tak dapat nak gambarkan bagaimana kehidupan beliau di penjara selama 24 tahun ini….
terpisah dari luar, setiap hari menghadap dinding yg sama..
hanya org2 yg terpilih sahaja akan diuji dengan sebegini rupa~

Comments are closed.