
Selasa, 14/12/2010 – Pengerusi Biro Politik Hamas, Khaled Mesh’al mengucapkan tahniah kepada Syeikh Ra’ed Salah (Syeikh Al-Aqsa) atas pembebasannya pagi Ahad (12 Disember) daripada penjara Zionis selepas dipenjara 5 bulan dengan tidak adil.
Dalam kenyataan yang diterima daripada Pejabat Informasi Hamas, “Pengerusi Biro Politik, saudara Khaled Mesh’al dan rakan-rakan pimpinan Hamas, pejuang-pejuang dan para penyokong Hamas, seluruh warga Palestin, bangsa Arab dan seluruh kaum Muslimin mengucapkan tahniah kepada Syeikh Ra’ed Salah, “Syeikh Al-Aqsa”, atas pembebasannya daripada penjara Zionis.”
Kita semua berdoa dengan merendah diri, “Semoga Allah Ta’ala menganugerahi beliau dengan kesihatan dan kesejahteraan, dan membantu beliau terus berjuang untuk Al-Quds dan Masjidil Aqsa, dan kesemua kawasan suci yang sedang dicerobohi dan diYahudikan oleh Zionis dan pendatang haram mereka.” Ameen.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen