Categories
Berita Semasa

Barisan Popular Mencapai Tempoh 43 Tahun Perjuangan

Selasa, 14/12/2010 – Barisan Popular Pembebasan Palestin mencapai tempoh 43 tahun sejak ditubuhkan pada Sabtu di Gaza seterusnya mengesahkan penentangan terhadap penjajahan Israel merupakan hak rakyat Palestin yang sah.

Pegawai rasmi kanannya, Jamil Al-Majdalawi berkata dalam satu perarakan yang dianjurkan sempena 43 tahun, “menghentikan penentangan adalah satu tindakan yang tidak wajar demi rakyat Palestin dan pengorbanan yang telah mereka lakukan.”

Majdalawi juga mengumumkan pelancaran usaha menentang korupsi di Palestin. Beliau menambah, kerajaan Palestin mesti disiasat manakala PLO pula wajar dibentuk semula berdasarkan demokrasi.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati