34 rumah diroboh rejim Israel di Selatan Jalur Gaza

Khan Yunus, Isnin, 13/07/2004: Rejim Zionis telah merobohkan lebih 34 rumah yang masih lagi didiami oleh penduduk Palestin di kawasan perumahan al-Namsawi di Selatan Jalur Gaza dalam usaha mereka mencari pengganas
Palestin seperti yang dilaporkan oleh Tel Aviv.


Dalam tindakan ganas tersebut, pihak Rejim Zionis telah menggunakan jentera jentolak, kenderaan tentera dan juga helikopter untuk memastikan tiada sebarang tidak balas dari para penduduk yang dapat mengahalang mereka dari usaha tersebut.

Lebih dahsyat lagi, pihak rejim telah merobohkan rumah-rumah tersebut tanpa memberikan amaran terlebih dahulu kepada para penghuni rumah-rumah tersebut. Seorang warga tua muslim Palestin yang kurang upaya berumur 75 tahun telah ditemui mati akibat dihimpit oleh runtuhan bangunan rumahnya yang telah dirobohkan oleh tentera rejim.

Kesan dari tindakan ganas tersebut, lebih 41 keluarga yang dianggotai oleh lebih dari 255 individu telah kehilangan tempat tinggal.