Rabu , 22/12/2010 – Lebih daripada 2,000 orang pekerja warga Palestin di Tulkarem telah pulang ke rumah masing-masing dari kawasan sekatan tentera Ertah yang dikawal oleh tentera rejim Zionis (IOF). Kawasan sekatan itu terletak di antara bandar mereka dengan wilayah Palestin yang dirampas rejim Zionis pada tahun 1948.
Pada Ahad lepas, para pekerja warga Palestin tersebut telah memutuskan untuk pulang ke rumah masing-masing kerana tidak sanggup lagi menghadapi provokasi dan penghinaan yang
keterlaluan oleh IOF semasa dalam perjalanan pergi ke tempat kerja mereka yang terletak di wilayah yang telah dirampas rejim Zionis itu.
Sebahagian diantara mereka memberitahu bahawa mereka dipaksa menjalani pemeriksaan badan secara berbogel. Manakala sebahagian yang lain dikurung beramai-ramai di satu tempat yang sangat sempit sehingga ada yang sukar untuk bernafas. IOF juga tanpa sebarang sebab telah menembak peluru ke udara bagi menakutkan-nakutkan warga Palestin itu dan memisahkan mereka. Mereka turut dimaki hamun oleh IOF.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa