Categories
Berita Semasa

Pasukan IOF musnahkan 5 buah kedai di Al-Khalil dan menyerbu hospital di Baitullaham

Rabu , 22/12/2010 – Tentera rejim Zionis (IOF) telah memusnahkan 5 buah kedai di Kampung Baka’a yang terletak di timur wilayah Al-Khalil. Kejadian yang berlaku pada Isnin lalu dikatakan berpunca kerana kononnya kedai-kedai tersebut tidak mempunyai permit untuk dibina di situ, kata sumber tempatan.

Sa’eed Jaber, pemilik kedai-kedai tersebut berkata bahawa dia telah banyak kali memohon permit pembinaan kedai daripada pihak berkuasa rejim Zionis tetapi mereka tidak meluluskannya dengan alasan kawasan itu terletak begitu dekat dengan kawasan penempatan haram Yahudi, Kiryat Arba.

Menurut sumber tempatan itu lagi, IOF telah membuat sekatan di seluruh kawasan terbabit dan menghalang penduduk tempatan menghampirinya sebelum kerja-kerja memusnahkan kedai-kedai tersebut dilakukan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa