Jumaat , 24/12/2010 –Jet pejuang Zionis melancarkan serangan terbaru pada hari Selasa (21 Disember) ke atas bandar Hasshashin di daerah Rafah (selatan Gaza), yang mensasarkan kem latihan Brigade Ezz Ad-Din Al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas, sebagai susulan dari serangan pada malam sebelumnya yang mencederakan 3 orang.
Adham Abu Salimah, jurucakap media bagi Biro Tertinggi Ambulans dan Kecemasan dalam kenyataan khas untuk Pusat Informasi Palestin memberitahu bahawa Zionis telah melepaskan 3 biji bom ke atas kem tersebut, dan 4 orang telah dikejarkan ke Hospital Abu Yousef An-Najjar dengan kecederaan ringan.
Abu Salimah menyeru kesemua pertubuhan untuk mendesak Majlis Keamanan dan PBB supaya bertindak dengan segera untuk menghentikan segala keganasan terhadap warga Palestin di dalam negara mereka sendiri.
Tiga warga Palestin dilaporkan cedera pada serangan malam kelmarin akibat serangan tidak putus daripada pesawat Zionis yang mensasarkan kawasan utara serta selatan Gaza.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen