Khamis , 30/12/2010 – Sumber Perubatan Palestin melaporkan pada hari Selasa (28 Disember) bahawa seorang penduduk zon timur Khan Younis, Hassan Abu Ar-Rouk (22 tahun) syahid akibat terkena peluru rejim Zionis yang dilepaskan bersama gas pemedih mata ke arah warga Khan Younis, sementara 4 orang dilaporkan mengalami sesak nafas.
Adham Abu Salimah, jurucakap media bagi Biro Tertinggi Ambulans dan Kecemasan dalam kenyataan untuk Pusat Informasi Palestin memberitahu bahawa Hassan Abu Ar-Rouk disahkan syahid akibat kecederaan di muka dan kedua kakinya akibat tembakan peluru dan meriam ke atas penduduk awam di kawasan tersebut.
Beliau menambah : 4 orang mangsa yang mengalami kesesakan nafas, 3 daripadanya dikejarkan ke Hospital Eropah dan 1 ke Hospital Nasir berada dalam keadaan stabil.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen