Jumaat, 31/12/2010 – Dalam satu projek membaikpulih tembok kota suci Baitulmuqaddis, Israel telah menggantikan sebahagian struktur asal dengan batu-batu yang melambangkan ajaran Yahudi, salah satunya menunjukkan kuil, dan satu lagi menunjukkan bintang berbucu enam, demikan menurut Yayasan Warisan Aqsa di Baitulmuqaddis di dalam satu kenyataan akhbar pada Rabu.
Israel bertujuan mensabotaj monumen Arab dan Islam, Yayasan itu menegaskan. “Israel tiada hak untuk merubah monumen-monumen atau tembok bersejarah itu.”
Yayasan Aqsa menerima panggilan telefon sebelum berlangsungnya mesyuarat dengan para saksi dari kawasan Pintu Sahira, Baitulmuqaddis termasuk Salah Al Shawish and Jalal Hijazi yang mana kedua-duanya berpengetahuan tentang sejarah kawasan tersebut. Shawish dan Hijazi memberitahu yayasan bahawa Israel baru-baru ini telah menerapkan unsur Yahudi pada beberapa batu tembok yang telah dibina dan dibaikpulih oleh Sultan Sulaiman pada era awal kerajaan Uthmaniah.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati