Rabu , 05/01/2011 – Organisasi Arab Hak Asasi Manusia yang berpusat di England meminta ketua PA, Abbas dan Perdana Menteri Fayyad agar mencari penyelesaian terhadap mogok lapar menuntut kebebasan di Tebing Barat.
Organisasi itu berkata pada Ahad bahawa hal tersebut tidak boleh dibiarkan lagi kerana para peserta mogok telah mencapai hari ke 45 dan sebahagian mereka telah diisytiharkan meninggal dunia. Organisasi itu mengatakan pihaknya belum menerima apa-apa maklum balas daripada pegawai Tebing Barat.
Kumpulan hak asasi tersebut telah mengambil tindakan undang-undang menerusi peguam yang mewakili peserta mogok dan juga memfailkan aduan terhadap Perdana Menteri Salam Fayyad dan ketua perisikan antarabangsa PA, Majid Faraj. Kumpulan itu mendakwa bahawa layanan PA terhadap tahanan politik tersebut merupakan jenayah tidak berperikemanusiaan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati