Categories
Berita Semasa

Suruhanjaya Bebas sahkan kemerosotan kesihatan tahanan di penjara Abbas.

Rabu , 05/01/2011 – Pegawai Am Suruhanjaya Bebas untuk hak rakyat Palestin, Dr. Mamdouh El-Aker, mengesahkan bahawa mogok lapar yang dilakukan oleh para tahanan politik di penjara Fatah dekat Tebing Barat adalah semakin kritikal. Mogok lapar ini adalah respon para tahanan terhadap penyiksaan mental dan fizikal yang mereka hadapi.

El-Aker, dalam kenyataan khas untuk Pusat Informasi Palestin berkata bahawa buat pertama kalinya sejak mogok lapar dijalankan delegasi para peguam dari Tebing Barat dapat melawat para tahanan di Hospital Beit Lahm iaitu pada hari Ahad (2 Januari) yang lalu, apabila para tahanan dipindahkan ke hospital tersebut kesan dari mogok tersebut.

Beliau menambah lagi bahawa delegasi tersebut pernah memohon kepada PA dan Hospital Beit Lahm untuk melawat para tahanan selepas mengetahui keadaan kesihatan mereka, sehinggalah hari ini apabila mereka membenarkan 2 orang peguam melawat para tahanan buat julung kalinya setelah krisis mogok lapar ini melanda.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen