Selasa , 11/01/2011 – Pada Rabu lepas, Menteri Perhubungan Antara Agama Gaza, Talib Abu Shaar mengutuk tindakan rejim Zionis yang membelanjakan berjuta-juta dolar semata-mata untuk meyahudikan dua buah masjid di Jerusalem.
Abu Shaar yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Jerusalem menggesa masyarakat Arab di Jerusalem untuk tidak berganjak dan terus menentang penjajahan rejim Zionis, terutamanya terhadap kempen terkini rejim Zionis meyahudikan kota itu.
Baru-baru ini rejim Zionis mengumumkan bahawa ia telah membelanjakan 5 juta dolar Amerika pada 2010 untuk memulihara dan memelihara apa yang digelar tapak-tapak suci Yahudi di daerah Ain Silwan dan Burj al-Nawateer di Jerusalem. Tapak-tapak tersebut sebenarnya merupakan masjid yang mereka rampas pada tahun 1948 dan 1967 yang kemudiannya ditukar menjadi sinogog Yahudi, kata Abu Shaar.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa