Selasa , 11/01/2011 – Rejim Zionis pada pagi Jumaat (7 Januari) telah menculik 5 daripada 6 orang tahanan yang baru sahaja dibebaskan daripada penjara militan Mahmoud Abbas bi bandar Al-Khalil (Hebron), sebagai operasi keselamatan dan kerjasama antara militan Abbas dan Zionis, di mana seorang penduduk awam telah dibunuh kejam kerana telah disalah sangka sebagai salah seorang tahanan tersebut.
Isteri kepada Wael Al-Baithor memberitahu Pusat Informasi Palestin bahawa sejumlah besar pegawai Zionis menceroboh masuh kawasan rumah mereka, dan pergi ke bilik bapa saudaranya, Umar Salim Al-Qawasimi dan melepaskan tembakan kejam bertalu-talu ke arah beliau yang sedang tidur di biliknya kerana disalah sangka sebagai Wael. Suaminya itu baru sahaja beberapa jam dibebaskan daripada penjara Abbas.
Beliau berkata : “mereka (zionis) bukan sahaja telah tersalah rumah dan membunuh bapa saudara saya dengan kejam, tetapi juga mereka telah menahan anak-ananknya dan memukul mereka yang kemudian dipaksa keluar ke khalayak ramai tanpa pakaian.”
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen