Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis Membunuh Remaja 22 Tahun di Tebing Barat

Rabu , 12/01/2011 – Seorang penduduk Palestin berumur 22 tahun telah dibunuh oleh tentera rejim Israel di kawasan pemeriksaan ketenteraan al-Hamra, bandar Tubas utara Tebing Barat pada pagi Sabtu sementara penduduk Palestin yang lain ditahan paa insiden yang sama.

Sumber Palestin berkata bahawa yang terbunuh dikenali sebagai Khaldon al-Samody, 22 daripada bandar Jenin, Tebing Barat, sementara yang ditahan masih lagi tidak diketahui identitinya.

Sumber berkata tentera rejim mengumumkan bahawa kawasan itu ialah kawasan yang tidak boleh dilalui, sehinggakan ambulan dihalang daripada mengeluarkan mangsa yang kemudiannya maut dalam keadaan masih berdarah.

Sementara itu, tentera rejim menghalang wartawan menghampiri tempat kejadian dengan meletakkan halangan atas alasan sedang menyiasat tempat kejadian itu.

Beberapa hari sebelum itu, tentera rejim Israel membunug seorang remaja Palesti di tempat yang sama, sambil sumber memberitahu bahawa mangsa dibunuh dari jarak dekat iaitu 3 meter.

Organisasi hak asasi mengutuk jenayah itu dan menuduh tentera rejim melakukan jenayah terhadap penduduk Palestin setiap hari terutamanya di kawasan pemeriksaan tentera di Tebing Barat.

sumber : http://www.qassam.ps
penterjemah : redz