Rabu , 12/01/2011 – Dr. Sami Abu Zuhri, jurucakap Hamas menegaskan bahawa persetujuan yang dicapai di antara pihak Fatah di Ramallah dan para menteri Zionis untuk menutup kesemua pintu laluan masuk ke Gaza dan sekatan yang dikenakan ke atas Gerbang Karem Abu Salem (Al-Manthor), satu-satunya pintu keluar masuk ekonomi ke Gaza adalah bertujuan untuk mengetatkan lagi sekatan ke atas kawasan itu.
Dalam kenyataan bertulis oleh Abu Zuhri untuk Pusat Informasi Palestin pada hari Isnin (10 Januari) katanya, “keputusan Zionis untuk menyekat Gerbang Karem Abu Salem, satu-satunya laluan perdagangan bagi Gaza dan menutup kesemua pintu masuk ke Gaza tidak lain adalah bertujuan untuk mengetatkan sekatan dan menambah siksaan kepada penduduk Gaza.”
Beliau menjelaskan lagi bahawa janji Zionis untuk meringankan sekatan adalah bohong semata-mata, dan beliau menyeru agar kesemua badan antarabangsa supaya memberi tekanan ke atas Zionis agar menghentikan tindakannya dan membiarkan kesemua laluan masuk ke Gaza terbuka untuk membolehkan penghantaran barangan keperluan ke kawasan tersebut.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen