Categories
Berita Semasa

5 rakyat Palestin cedera parah dalam kejadian terowong meletup

Rabu , 12/01/2011 – 5 orang rakyat Palestin cedera parah apabila terowong yang sedang digali oleh mereka meletup pada malam Sabtu lalu, kata sumber Palestin. Terowong itu terletak di sempadan Mesir-Palestin
iaitu di bahagian selatan Gaza.

Menurut sumber itu lagi, kesemua mangsa yang cedera itu dikejarkan ke Hospital Gaza kerana melecur teruk manakala 3 daripadanya berada dalam keadaan kritikal. Punca kejadian masih belum diketahui. Sementara itu, pihak polis Palestin sedang melakukan siasatan berkaitan kejadian itu.

sumber : http://www.palestine-info.co. uk/en/
penterjemah : salwa

One reply on “5 rakyat Palestin cedera parah dalam kejadian terowong meletup”

Comments are closed.