Khamis, 13/01/2011 – Imam Besar University Azhar, Dr Ahmed Al-Tayeb menyeru delegasi Jerman ke Mesir pada Isnin agar memberikan sokongan kepada warga Palestin.
“Anda harus menyokong yang tertindas di serata dunia, terutamanya warga Palestin dan penganut Kristian Palestin yang telah diabaikan kerana anda tidak mengkritik Israel. Kami berharap perpaduan akan terlaksana di antara Muslim dan Kristian di Iraq juga,” Tayeb berkata dalam pertemuan dengan delegasi dari Kesatuan Demokratik Kristian Parlimen Jerman.
“Penganut Kristian Mesir dan Arab merupakan sebahagian daripada tamadun Islam. Kami tidak mengabaikan mereka. Kami telah menentang keganasan sebelum anda melakukannya. Kami harap anda boleh menentang Zionism dan Kristian radikal sepertimana kami menentangnya.”
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : idawati