Categories
Berita Semasa

Tentera Laut Israel Menculik Dua Nelayan Palestin

Khamis, 13/01/2011 – Tentera Laut Israel menculik dua orang nelayan Palestun pada petang Selasa di perairan Gaza ketika menangkap ikan di kawasan perairan itu, berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan oleh bahagian perikanan kementerian kesihatan.

Kenyataan itu memberitahu bahawa bot bersenjata milik tentera laut menyerang nelayan itu, Mohammed Abu Omaira dan Osama Abu Omaira ketika berada di dalam bot kecil mereka di Gaza.

Kenyataan itu juga menambah bahawa mereka mengambil nelayan itu dan meninggalkan bot kecil mereka.

Kementerian menganggap pihak rejim Israel bertanggungjawab sepenuhnya ke atas nyawa kedua nelayan itu, dan menggesa kumpulan hak asasi manusia dan Persatuan Palang Merah campur tangan dan membebaskan mangsa.

Pada minggu lepas, tentera laut Israel menculik tiga nelayan Palestin di kedudukan dua batu nautika daripada Gaza. Rejim Israel membenarkan nelayan Palestin menangkap ikan dalam lingkungan tiga batu nautika daripada perairan Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : redz