Categories
Berita Semasa

Mesha’al : Rekonsiliasi Palestin masih jauh, Hamas akan pulihkan Tebing Barat.

Jumaat , 14/01/2011 – Pengerusi Biro Politik Hamas, Khaled Mesha’al menganggap bahawa rekonsiliasi Palestin adalah semakin jauh berbanding dahulu, kata beliau, : “rekonsilisasi Palestin adalah terlalu jauh (untuk dicapai)”, selain menambah bahawa pimpinan Hamas berpandangan pessimis terhadap kejayaan rekonsiliasi ini dalam waktu terdekat, namun mereka masih berpegang pada pendirian bahawa proses rekonsiliasi negara ini adalah amat penting, dan mereka akan terus berusaha untuk mencapainya.

Mesha’al menambah dalam kenyataannya untuk akhbar Jordan, “Al-Arab El-Yaum”, bahawa Hamas akan menggembleng usaha besar-besaran di Tebing Barat, yang mungkin akan mengejutkan orang ramai dengan kemampuannya mengembalikan keamanan di kawasan itu.

Mengulas kontroversi yang melanda Fatah, yang terjadi antara presidennya, Mahmoud Abbas dan menterinya yang khianat, Mohd Dahlan, Mesha’al berpendapat bahawa Abu Mazen (Mahmoud Abbas) akan menyelesaikan masaalah dengan baik tetapi beliau akan semakin dipinggirkan. Mesha’al percaya bahawa keluarnya Dahlan dari Palestin adalah tindakan yang bermanfaat untuk kebaikan Palestin.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen