Jumaat , 21/01/2011 – Pihak Berkuasa Fatah di Tebing Barat perlu mengambil berat posisi Hamas, kata pembantu presiden Sergei Prikhodko. Beliau percaya bahawa konflik timur tengah boleh diselesaikan ‘melalui dialog politik dan mengiktiraf posisi Hamas’.
“Kami fikir bahawa sangat penting untuk melihat situasi sebenar kerana Hamas merupakan kuasa politik yang benar, dan semua pihak patut menghormati mereka, sekurang-kurang atas sebab menghormati pendirian para pengundi,” kata pembantu itu dalam memberi komentar tentang lawatan presiden Russia, Dmitry Medvedev ke Pihak Berkuasa Fatah pada 18 Februari 2011.
sumber : http://www.qassam.ps
penterjemah : redz