China Tentang Rancangan Israel Membunuh Pemimpin Hamas

Selasa, 21/03/2006 –
Mengulas ucapan Menteri Pertahanan Israel, Shavol Mofaz yang mengancam melakukan pembunuhan terhadap para pemimpin Palestin, jurucakap Menteri Luar China mengumumkan penolakannya atas strategi pembunuhan berencana yang ingin dilakukan
pemerintah Israel. Mofaz mengatakan, pihaknya tidak mungkin lagi mempertahankan hubungan Palestin-Israel.

Penyataan ini dinyatakan oleh jurucakap Menterli Luar China kepada al-Jazeera semalam, ketika ditanya tentang sikap negaranya atas penyataan Menteri Pertahanan Israel yang merancang melakukan pembunuhan terhadap semua pemimpin Palestin (Hamas).

Jurucakap tersebut mengatakan, hubungan Palestin-Israel dalam keadaan yang kritikal.
Situasi ini menghalang kedua-dua pihak membuat langkah-langkah penting untuk mengatasi keadaan yang semakin semakin sulit ini, katanya.

Sementara itu Menteri Luar China, Li Zhaoxing sebelumnya sudah menegaskan bahawa di
antara China dan Palestin diikat oleh hubungan kesamaan budaya. China akan sentiasa
berada di belakang rakyat Palestin dan telah memberikan sokongan serta bantuannya
kepada Palestin dalam pelbagai bidang. China akan terus melanjutkan bantuan ini dan seterusnya akan meninjau bantuan-bantuan lain yang boleh diberikan kepada pihak Palestin.

Menteri Luar China tersebut juga menjelaskan bahawa perdamaian antara Palestin dan
Israel hendaknya atas dasar keputusan-keputusan PBB dan tidak menyimpang daripada
peta perjanjian damai yang sudah dibuat.
Beliau mengatakan bahawa China adalah negara yang bukan Arab tetapi yang paling awal
mengiktiraf Organisasi Pembebasan Palestin (PLO) dan menjemput mereka untuk membuka
pejabat perwakilannya di Beijing.

China juga adalah negara yang paling awal
mengiktiraf kemerdekaan Palestin pada tahun 1989 sehingga kepada pembukaan kedutaan
China di Palestin. Pemimpin Palestin terdahulu, Yasir Arafat sering mengunjungi Peking (nama lain dari
Beijing) hampir setiap tahun dan secara rasmi, kunjungan kenegaraan yang dilakukan
Arafat adalah sebanyak 14 kali. Hubungan kedua-dua negara ini juga tidak terjejas ketika China mengiktiraf entiti Israel pada tahun 1992 serta melakukan hubungan
diplomatik dengan Israel.

Namun Beijing tidak seperti Moscow yang melakukan inisiatif mengundang gerakan Hamas, Beijing masih khuwatir untuk mengadakan hubungan dengan pihak Hamas secara rasmi. Beijing memilih menunggu pembentukan kabinet Palestin yang baru sebelum
mengadakan hubungan diplomatik secara rasmi tanpa dilihat memihak kepada salah satu
negara yang sedang berkonflik, atau mungkin China sedang menunggu pihak Hamas terlebih dahulu melakukan inisiatif hubungan dengan China.