Khamis , 27/01/2011 – Dokumen rahsia yang dibocorkan al-Jazeera pada Isnin telah memalukan presiden de facto Palestin, Mahmoud Abbas. Berdasarkan dokumen itu, perunding Palestin menyerahkan sebahagian besar kawasan Baitul Maqdis kepada Israel.Abbas mengharapkan Mesir campur tangan dengan pemimpin Qatar, Hamd bin Khalifa al-Thani untuk menghentikan apa yang digelarnya sebagai cubaan untuk memburukan imej Pihak Berkuasa Palestin di hadapan negara Arab.
Mesir telah memberikan Abbas sokongan dan cuba menyelesaikan krisis dan bekerja dengan Abbas untuk membuktikan bahawa maklumat yag dibocorkan itu merupakan penipuan ke atas PA, walaupun Ahli PLO dan Fatah serta media antarabangsa telah mensahihkan dokumen itu.
Rakha Ahmed Hassan, timbalan menteri luar Mesir membincangkan kebarangkalian campur tangan Arab untuk menaikkan ketegangan antara Qatar dan PA selepas pegawai Palestin berkata bahawa Doha bersalah tentang kebocoran maklumat itu.
Dia berkata bahawa dokumen itu boleh menimbulkan keraguan ke atas strategi yang digunakan untuk melakukan rundingan.Abbas yang melawat presiden Mesir, Hosni Mubarak ketika dokumen itu disiarkan, berkata bahawa dia tidak menawarkan konsesi rahsia kepada Israel.Dia berkata bahawa semua perbicaraannya dengan pihak Israel telah dijelaskan kepada negara-negara Arab seperti mana yang telah didokumenkan.
sumber : http://www.palestine-info.co. uk/en/
penterjemah : redz