
Selasa , 08/02/2011 – Jemaah Ikhwanul Muslimin menolak khutbah yang disampaikan oleh Presiden Mesir, Hosni Mubarak, sambil menyatakan bahawa beliau (Mubarak) tidak berniat untuk memberi peluang kepada pimpinan baru. Jemaah itu menganggap bahawa ucapan tersebut tidak langsung memenuhi perkara yang dituntut oleh para penunjuk perasaan.
Dr. Muhammad Mursi, jurucakap rasmi Ikhwanul Muslimun yang juga anggota Pejabat Panduan, dalam kenyataan agensi berita Jerman yang diterima melalui panggilan telefon, menyifatkan bahawa ucapan dan bahasa yang digunakan oleh Presiden Mesir itu sebagai, “tidak boleh diterima sama sekali, dan tidak memenuhi walau sedikitpun tuntutan keperluan rakyat.”
Mursi menegaskan bahawa pelan perubahan yang diumumkan Presiden Mesir itu datang terlalu lewat, sedangkan rakyat telah bersuara sejak 25 Januari lagi, tetapi pengunguman ini hanya datang selepas 8 juta rakyat Mesir berdemonstrasi di seluruh negara.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen