Categories
Berita Semasa

10 penduduk cedera termasuk 3 wanita dan kanak-kanak dalam 3 serangan berbeza di Jalur Gaza.

Khamis , 10/02/2011 – Jet perang jenis F-16 milik Zionis pada tengah malam Rabu (9 Februari) lalu melancarkan 3 siri serangan ke atas Jalur Gaza, mencederakan 10 penduduk, dan memusnahkan gedung simpanan ubat-ubatan di samping merosakkan beberapa buah kampung dan kawasan perumahan.

Abu Adham Salimah, juru cakap Media Biro Tertinggi Ambulan dan Kecemasan dalam kenyataannya untuk Pusat Informasi Palestin berkata bahawa 8 orang penduduk cedera ringan di antara mereka adalah 2 orang kanak-kanak dan 3 wanita dan 3 lelaki yang dikejarkan ke Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza, selepas serangan Zionis yang mensasarkan gedung simpanan ubat-ubatan di Timur Bandar Gaza.

Abu Salimah menambah bahawa Zionis sengaja mensasarkan gedung ubat-ubatan dan cecair tersebut, menyebabkan kemusnahan kawasan itu serta-merta selain turut merosakkan kawasan kilang kayu berhampiran, meskipun terdapat kekurangan bekalan ubatan dan alatan perubatan yang dialami oleh Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen

One reply on “10 penduduk cedera termasuk 3 wanita dan kanak-kanak dalam 3 serangan berbeza di Jalur Gaza.”

Comments are closed.