
Jumaat , 11/02/2011 – Ahli biro politik gerakan Jihad Islam Syeikh Nafedh Azzam telah menyatakan kenyataan jawatankuasa kuartet antarabangsa di pertemuan terakhir di Munich sebagai “tidak beretika”.
Azzam dalam kenyataan akhbar hari Isnin mengatakan bahawa kenyataan itu menyebelahi Israel dan dengan demikian itu “tidak boleh diterima”.
Dia menjelaskan bahawa panggilan kepada Palestin untuk kembali ke meja rundingan adalah tidak “bermakna” dimana Israel terang-terang laksanakan dasar pembinaan haram berterusan di tanah yang dijajah, perampasan tanah, pengetatan pengepungan, dan penyahudian Baitulmuqaddis.
“Proses rundingan adalah satu dosa dan kembali ke meja rundingan bermakna menghalalkan pendudukan (Israel) dan dasar perluasan yang agresif”, Azzam berkata.
Dia memberi amaran kepada pihak berkuasa yang dikuasai Fatah di Ramallah agar tidak merespon baik terhadap tuntutan kuartet itu.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen