
Ahad , 20/02/2011 – Dr. Mousa Abu Marzouq, timbalan pengerusi Biro Politik Hamas menegaskan bahawa pada waktu ini telah terbatal “Proposal Mesir” yang telah diutarakan untuk rekonsiliasi Palestin, selepas kebangkitan rakyat Mesir yang menjatuhkan rejim Mubarak. Beliau menyatakan bahawa gerakan warga Tebing Barat “perlu menentang PA Abbas”.
Abu Marzouq dalam kenyataan khas untuk Pusat Informasi Palestin pada hari Khamis (17 Februari) berkata : “Apa yang berlaku di Mesir memberi kesan kepada seluruh dunia Arab, terutamanya isu Palestin, dan sekarang terdapat perubahan dalam Proposal Mesir, secara langsung mengubah halatuju perbincangan, terutamanya selepas pemerhatian bahawa mungkin akan terdapat perubahan baru politik luar Mesir dalam mengendalikan isu Palestin.”
Apabila diminta memberi pendapat andai mungkin akan ada “revolusi” baru di Gaza, beliau menjawab : “revolusi itu sangat baik jika ia datang dari kehendak rakyat sendiri, namun hanya puluhan sahaja yang datang sewaktu panggilan demonstrasi di Gaza dijalankan, menunjukkan bahawa tiada kemahuan rakyat untuk mengubah sebarang keadaan Gaza pada waktu ini.”
sumber : http://www.palestine-info.info/ar
penterjemah : Azleen