Categories
Berita Semasa

Kumpulan hak asasi Austria gesa kerajaan baru Mesir tamatkan sekatan ke atas Gaza

Ahad , 20/02/2011 – Organisasi Sahabat Kebajikan yang berpengkalan di Austria menyeru pihak tentera Mesir yang kini memegang kuasa kerajaan supaya menghapuskan sekatan ekonomi yang dikenakannya ke atas Gaza dan membebaskan tahanan-tahanan penjara berketurunan Palestin di penjara-penjara Mesir.

Dalam satu suratnya yang diutus kepada pihak tentera Mesir, organisasi itu menggesa kerajaan baru Mesir membenarkan pergerakan orang awam dan bahan-bahan komoditi dengan bebas melalui sempadannya keluar-masuk Gaza.

“Penduduk Gaza telah menempuh 60 bulan di dalam sekatan yang tidak wajar dan tidak meneruskan kehidupan harian seperti biasa. Manakala beribu-ribu buah rumah mereka, organisasi pendidikan dan kesihatan telah dimusnahkan sama sekali ataupun sedikit. Ini menyebabkan mereka memerlukan bahan-bahan pembinaan dan keluli yang diimport dari luar supaya kerja-kerja pemulihan serta pembinaan semula dapat dilakukan. Pihak berkuasa Mesir sepatutnya mempertimbangkan betapa pentingnya keperluan-keperluan asas dan kemanusiaan ini disalurkan kepada penduduk Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa