Categories
Berita Semasa

Radwan: Serangan Meningkat Tentera Israel Tidak Melemahkan Hamas

Selasa , 01/03/2011 – Pegawai senior Hamas, Ismail Radwan mengatakan bahawa pencerobohan tentera Israel terhadap Jalur Gaza tidak akan melemahkan kekuatan Gerakan Hamas, menekankan bahawa rakyat Palestin akan lebih kuat berbanding dengan kezaliman penjajah.

“Musuh sedang cuba untuk mengalihkan krisis dalaman mereka dan jelas mereka amat bimbang dengan beberapa perubahan yang berlaku di kawasan tersebut,” kata Radwan Sabtu dalam kenyataan akhbar ke pusat maklumat Palestin (PIC).

Beliau juga menekankan hak rakyat Palestin untuk membalas kejahatan Israel dan serangan tentera Zionis.

Sejumlah serangan udara Israel dilakukan pada hari Sabtu di Gaza, yang menyebabkan lima cedera dan kemusnahan beberapa rumah dan kemudahan.

Dalam konteks lain, kempen Eropah untuk menamatkan pengepungan Gaza sangat mengecam Israel kerana keputusan untuk penutupan penuh dan kekal komersil persimpangan Al-Mintar (Karni) .

Dalam siaran akhbar pada hari Sabtu, jurucakap kempen tersebut Mohamed Hanoun mengatakan keputusan Israel ini merupakan sebahagian daripada langkah-langkah yang ditempuh oleh Israel untuk memperketat cengkaman terhadap orang Gaza melalui penutupan perlintasan tersebut.

Hanoun menegaskan bahawa ada empat penyeberangan komersial yang digunakan untuk membawa barang ke Gaza, tetapi Israel menutup mereka semua, dan penutupan persimpangan Al-Mintar akan menyebabkan krisis dalam mengimport barang-barang ke Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : ameen