Categories
Berita Semasa

Duweik : PA Abbas mahu pilihanraya untuk keluar dari krisis mereka.

Selasa , 01/03/2011 – Pengerusi Majlis Legislatif Palestin, Doktor Aziz Duweik menegaskan bahawa cadangan untuk melakukan pilihanraya umum hanyalah salah satu cara Pihak Abbas – Fayyad untuk keluar daripada krisis yang dialami mereka, serta tekanan yang dihadapi oleh Mahmoud Abbas dan Fattah disebabkan oleh keputusan pihak Zionis.

Dr. Duweik dalam temuramah eksklusif bersama Pusat Informasi Palestin pada hari Ahad (27 Februari) menyatakan, “cadangan yang didengari dari Abbas di sana sini untuk melaksanakan pilihanraya legislatif atau kementerian, hanyalah untuk menenangkan rakyat, dan membersihkan semula Fattah,”. Dr. Duweik dalam komennya berkata bahawa cadangan ini tidak akan memuaskan dan memenuhi kepincangan tiadanya komitmen (Fattah) dalam penyelesaian masaalah perpecahan tanah dan mengembalikan hak yang telah dicuri.

Dr. Duweik menambah bahawa cadangan pilihanraya umum ini menyalahi undang-undang, dan hanya permainan politik, “kita sekarang mengalami perpecahan politik sejak 4 tahun 7 bulan, tetapi dalam tempoh ini tiada langsung perbincangan yang lengkap, perbincangan dua hala, maka apakah natijah pilihanraya nanti..?! Sebaliknya kita terus berpisah, berpecah dan menjauh setiap hari”, beliau menerangkan bahawa, “mereka telah menolak jalan untuk menghentikan perpecahan, dan kita mahu mempertandingkan orang yang sedia kalah, dalam keadaan mereka (Fattah) sendiri tidak menerima kita yang dipilih secara demokrasi.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen