Categories
Berita Semasa

Zionis rancang ketenteraan ” bertaktik” untuk meningkatkan kualiti serangan mereka ke atas Gaza.

Rabu , 02/03/2011 – Sumber berdekatan dengan ketenteraan Zionis mendedahkan bahawa rejim itu sedang merancang serangan ketenteraan yang melalui proses kajian dan meningkatkan kualiti metodologi operasi mereka untuk melawan Hamas di Jalur Gaza, yang pada tahap sekarang tidak akan membabitkan sebarang konfrontasi terus.

Menurut akhbar berbahasa Hebrew, barisan kepimpinan Ketenteraan Zionis Selatan meletakkan keyakinan bahawa operasi melalui kajian ini akan meningkatkan kualiti dari segi, “bekalan senjata, cara pembahagian aset, dan meningkatkan serangan terhadap terowong-terowong Rafah yang digunakan untuk mengangkut alatan senjata ke Gaza yang semakin kurang kawalan dari pihak Mesir kerana apa yang berlaku baru-baru ini”. Sumber itu turut meletakkan kemungkinan bahawa “serangan bertaktik” ini boleh menjangkau melebihi sempadan Gaza, mengikut keadaan.

Badan Tengah Ketenteraan Zionis memberitahu Kaherah tentang kerisauan mereka berkenaan sempadan Gaza, dan niat mereka agar tiada kelonggaran sekuriti dibenarkan, walaupun sekiranya serangan besar-besaran terhadap Gaza mungkin akan turut memberi kesan terhadap kawasan Netivot dan Beer Seba’ (selatan kawasan 1948) jika diserang balas oleh roket “Grad” dari Gaza, terutamanya apabila mengambil kira kejituan senjata tersebut, yang menunjukkan bahawa penyerangnya mempunyai kemahiran yang tinggi sehingga mampu menjangkau luar Gaza. Perkara ini meningkatkan lagi kepekaan pimpinan ketenteraan Zionis, berdasarkan laporan yang diterima.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : Azleen