Categories
Berita Semasa

Jentolak rejim Zionis robohkan rumah penduduk Palestin di Negev

Rabu , 02/03/2011 – Pasukan majlis perbandaran rejim Zionis merobohkan sebuah rumah penduduk Palestin pada pagi Ahad lalu. Kejadian ini berlaku di Kampung Z’rura di Negev, kawasan yang diduduki secara haram oleh pendatang haram Yahudi sejak tahun 1948, sejajar dengan kempen pembasmian kampung-kampung, kata sumber tempatan.

Menurut mereka lagi, sejumlah besar tentera rejim Zionis (IOF) menyerbu kampung tersebut sejak awal pagi dan melindungi jentolak-jentolak yang merobohkan rumah milik Suleiman Qubiya dengan alasan rumah itu dibina tanpa permit.

Sumber tempatan itu turut memberitahu bahawa penduduk kampung itu telah bertikam-lidah dan bergelut dengan pasukan polis rejim Zionis yang menyekat penduduk kampung serta pihak media daripada menghampiri lokasi kejadian pemusnahan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa